Wednesday, June 11, 2008

Dr Mahathir Mohamad: The Racist Card

Dr Mahathir Mohamad: The Racist Card

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL
Dear Tun, what a waste of public fund by Rapid KL. This clearly shown that Rapid KL is to help Scomi make more money. Our rakyat is suffering. ACA should investigate. The rakyat is fast losing confidence in the present government.

Saturday, May 31, 2008

Perpaduan kaum tunjang kemajuan negara

Salam sejahtera Tun,
Setelah membaca pandangan Tun tentang isu "ketuanan Melayu", kini saya faham apa yang Tun maksudkan. Memang benar sebahagian besar orang Melayu masih belum mencapai tahap kemajuan yang boleh dibanggakan walaupun Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan sejak 1971. Semasa Tun menjadi Perdana Menteri dan juga sebagai Presiden UMNO, Tun telah berusaha melaksanakan pelbagai program untuk membantu orang Melayu. Tun juga sentiasa memberikan peringatan kepada orang Melayu agar rajin menimba ilmu, rajin bekerja dan Tun juga mengingatkan orang Melayu agar berusaha menguasai bidang sains, teknologi dan tidak lupa, Bahasa Inggeris. Masalahnya ialah Tun, kita semua sedia maklum orang Melayu mudah lupa. Mereka lupa peringatan Tun, mereka lupa nasihat Tun. Orang Melayu ingin kaya cepat, ingin berjaya tanpa berusaha, enggan menerima hakikat bahawa mereka harus mengubah sikap.
Saya membesar pada zaman Tun sebagai Perdana Menteri, kini sebagai seorang kakitangan awam berbangsa Cina yang cintakan negara ini, saya amat bersetuju dengan Tun bahawa orang Melayu perlu mencapai tahap kemajuan yang setara dengan rakyat bukan Melayu di negara ini. Tun pernah berkata bahawa orang Melayu perlu bersaing berdasarkan meritokrasi kalau ingin berjaya. Tetapi setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mengapa masih ramai pelajar Melayu (Bumiputera) memerlukan saluran matrikulasi untuk memasuki universiti tempatan? Bilangan pelajar Melayu (Bumiputera) yang memilih saluran STPM untuk masuk ke universiti tempatan adalah rendah. Sekiranya orang Melayu mahu berjaya, asasnya bermula dari pendidikan. Mengapa harus ada diskriminasi kaum dalam soal saluran kemasukan ke universiti? Apa yang saya nyatakan di sini tiada kaitan dengan soal hak istimewa orang Melayu. Apa yang saya cuba tekankan di sini ialah orang Melayu hanya boleh berjaya apabila mereka tahu berdikari, berani bersaing secara terbuka, tidak takut erti kegagalan, apabila jatuh tahu bangun semula dan menerima meritokrasi sebagai cara hidup mereka.
Berdasarkan pemerhatian saya, sejak Tun bersara pada Oktober 2003, perasaan perkauman di kalangan penduduk berbilang kaum di Malaysia semakin meningkat. Adakah ini disebabkan kelemahan pemimpin negara yang mengambil alih pucuk pimpinan daripada Tun? Mengapa rakyat tanpa mengira kaum semakin berani menyuarakan pelbagai isu perkauman? Adakah ini dikatakan kebebasan bersuara? Saya kagum dengan pentadbiran Tun kerana semasa Tun menjadi Perdana Menteri, Tun berjaya memastikan keharmonian kaum di negara ini melalui amalan kebebasan bersuara yang berhemah, yang bertanggungjawab dan rasional. Saya berharap Tun dapat memainkan peranan untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Komen, pandangan dan idea yang diberikan oleh Tun adalah bernas dan amat diperlukan oleh generasi muda. Saya berani berkata bahawa zaman pentadbiran Tun sebagai Perdana Menteri telah mencorakkan saya sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, yang bertanggungjawab dan mahu berbakti kepada negara. Tun, saya percaya penduduk bukan Melayu khususnya orang-orang Cina dan India di negara ini adalah rasional dan cintakan negara ini.